Pantun Nasehat
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Anak gembala memangkas serai
Bergulung-gulung bawa kehilir
Biarlah patah jangan bercerai
Ibarat air tenang mengalir
Buah gelatang janganlah dimain
Getahnya hitam bagai empedu
Jangan dicari cantiknya kain
Benang menangis jarum tersedu
Dihari raya terdengar takbir
Duduk tafakur dgn semedi
Manisnya gula cuma dibibir
Janji yg lapang dada tinggalkan akal
♥♥♥♥♥
Adab & bahasa hendaklah bawa
Kepada kerabat muda & tua
Jangan mengikut nafsu hawa
Dunia darul baka menerima kecewa
Naik tangga berlambat lambat
Supaya badan tak terjatuh
Berbaik sangka sesama umat
Sengketa hilang dendampun jauh
♥♥♥♥♥
Buah langsat buah manggis
Kedua buah jatuh keparit
Kenapa ekspresi berkata manis
Kalau di hati terasa pahit
Buah mangga buah manggis
Kedua buah jatuh ke sungai
Pandai lidah berkata manis
Hati merintih mata berderai